Seperti biasa, apabila tiba cuti persekolahan, maka sudah tentu ramai yang akan melangsungkan pernikahan. Namun perlu diingati apabila saksi-saksi kepada pernikahan menyatakan "SAH" selepas lafaz qabul dari pengantin lelaki, maka saat itu bermulalah tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya dan tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Ingin saya coretkan di sini secara ringkas berkenaan tanggungjawab seorang suami kepada isteri dan tanggungjawab seorang isteri kepada suami :-
Tanggungjawab suami kepada isteri.
- Wajib bagi suami memberi nafkah kepada isteri. Nafkah termasuk makan, minum, pakaian, perubatan dan juga tempat tinggal.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

- Sebagai ketua keluarga, suami perlu mendidik dan membimbing isteri supaya sentiasa patuh dan taat kepada Allah serta hidup berlandaskan syariat Islam.
- Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada isteri dan memelihara maruah isteri.
- Memenuhi keperluan nafkah batin.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

- Menjaga dan melindungi keselamatan isteri dari sebarang bahaya.
- Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami.
Tanggungjawab Isteri kepada suami :-
- Mentaati suami selagimana tidak bertentangan dengan agama Islam.
- Menjaga maruah diri.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

- Menjaga dan memelihara harta suami ke jalan yang baik.
- Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.
- Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suami.
- Tidak menghalang suami dari melaksanakan nafkah batin selagimana tiada keuzuran syarie.

0 comments:
Post a Comment