Tuesday, 27 May 2014

AKU TERIMA NIKAHNYA ---> SAH!!!

Assalamualaikum...

Seperti biasa, apabila tiba cuti persekolahan, maka sudah tentu ramai yang akan melangsungkan pernikahan. Namun perlu diingati apabila saksi-saksi kepada pernikahan menyatakan "SAH" selepas lafaz qabul dari pengantin lelaki, maka saat itu bermulalah tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya dan tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Ingin saya coretkan di sini secara ringkas berkenaan tanggungjawab seorang suami kepada isteri dan tanggungjawab seorang isteri kepada suami :-


Tanggungjawab suami kepada isteri.

  • Wajib bagi suami memberi nafkah kepada isteri. Nafkah termasuk makan, minum, pakaian, perubatan dan juga tempat tinggal.
   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

  • Sebagai ketua keluarga, suami perlu mendidik dan membimbing isteri supaya sentiasa patuh dan taat kepada Allah serta hidup berlandaskan syariat Islam.
  • Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada isteri dan memelihara maruah isteri.
  • Memenuhi keperluan nafkah batin.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Wednesday, 30 April 2014

NAFKAH ANAK


SIAPA YANG WAJIB TANGGUNG NAFKAH ANAK SELEPAS PERCERAIAN?


Seksyen 73 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan sebagaimana berikut :- "Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya"

Dapat difahami dalam seksyen di atas ialah, bapa kandung wajib menanggung nafkah anak samada anak tersebut dijaga olehnya atau oleh ibu anak tersebut dengan menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran (jika anak tersebut tinggal dengannya) atau dengan membayar kosnya (jika anak tersebut tinggal bersama ibu) berdasarkan kepada kemampuan bapa tersebut.

Ramai yang beranggapan apabila berlaku perceraian, nafkah anak ditanggung oleh pihak yang menjaga anak tersebut. Pada masa kini, banyak berlaku kecuaian/kegagalan seorang bapa untuk menanggung nafkah anak apabila anak tersebut berada di bawah jagaan ibu. Jika berlaku perkara sedemikian, para ibu perlu mendapatkan perintah nafkah anak di Mahkamah Rendah/Tinggi Syariah. Perlu diingat, TUNGGAKAN NAFKAH ANAK TIDAK BOLEH DITUNTUT JIKA TIADA PERINTAH DARI MAHKAMAH. Ianya berbeza dengan tunggakan nafkah isteri boleh dituntut biarpun tiada perintah Mahkamah.

Sekiranya telah wujud perintah Mahkamah, dan bapa anak tersebut gagal membayar nafkah anak, maka ibu kepada anak tersebut boleh menuntut tunggakan nafkah anak berdasarkan peruntukkan Seksyen 78 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor.

Thursday, 24 April 2014

KES JENAYAH SYARIAH

Hari ni 24hb. April 2014, kami ada mengendalikan kes jenayah syariah yang mana telah ditetapkan untuk perbicaraan..sementara menanti giliran kes dipanggil, terdapat beberapa kes jenayah syariah lain dipanggil yang mana kes tersebut adalah berkaitan kesalahan persetubuhan haram.. (begitu berleluasa persetubuhan haram yang berlaku sekarang)..pendakwaan dan pensabitan hukuman tidak dapat menangani masalah ini secara menyeluruh..ianya memerlukan kepada mekanisme yang lain bagi menangani masalah ini..

Wednesday, 23 April 2014

Musa Awang & Associates: Mahkamah Syariah - Peguam syarie mainkan peranan p...

Musa Awang & Associates: Mahkamah Syariah - Peguam syarie mainkan peranan p...: Utusan Malaysia 23/06/2003 Oleh Musa Awang Peguam ialah orang yang profesionnya mengemukakan tuntutan guaman di Mahkamah, memberi nasihat ...