Seksyen 73 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan sebagaimana berikut :- "Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya"
Dapat difahami dalam seksyen di atas ialah, bapa kandung wajib menanggung nafkah anak samada anak tersebut dijaga olehnya atau oleh ibu anak tersebut dengan menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran (jika anak tersebut tinggal dengannya) atau dengan membayar kosnya (jika anak tersebut tinggal bersama ibu) berdasarkan kepada kemampuan bapa tersebut.
Ramai yang beranggapan apabila berlaku perceraian, nafkah anak ditanggung oleh pihak yang menjaga anak tersebut. Pada masa kini, banyak berlaku kecuaian/kegagalan seorang bapa untuk menanggung nafkah anak apabila anak tersebut berada di bawah jagaan ibu. Jika berlaku perkara sedemikian, para ibu perlu mendapatkan perintah nafkah anak di Mahkamah Rendah/Tinggi Syariah. Perlu diingat, TUNGGAKAN NAFKAH ANAK TIDAK BOLEH DITUNTUT JIKA TIADA PERINTAH DARI MAHKAMAH. Ianya berbeza dengan tunggakan nafkah isteri boleh dituntut biarpun tiada perintah Mahkamah.
Sekiranya telah wujud perintah Mahkamah, dan bapa anak tersebut gagal membayar nafkah anak, maka ibu kepada anak tersebut boleh menuntut tunggakan nafkah anak berdasarkan peruntukkan Seksyen 78 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor.