Wednesday, 30 October 2013

HAK SEORANG WANITA SELEPAS DICERAIKAN


1.MUT'AH
2.NAFKAH IDDAH.
3.HARTA SEPENCARIAN
4.NAFKAH ANAK.
5.TUNGGAKAN NAFKAH.

APA ITU MUT'AH?

Mut'ah bermaksud bayaran saguhati dari suami kepada isteri akibat berlaku perceraian tanpa sebab yang munasabah (kecuali perceraian secara fasakh disebabkan kecuaian/kegagalan suami memeperuntukkan nafkah). Suami wajib membuat bayarn tersebut kepada isteri yang diceraikan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 236 yang bermaksud :

"Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mut'ah (pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan"

HAK PENJAGAAN ANAK (HADHANAH)

SUSUNAN ORANG YANG BERHAK MENDAPAT HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK?

Seksyen 82 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan :-

(1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—

FARAID


Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan,memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka
harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak serta harta sepencarian. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll

Thursday, 10 October 2013

ALASAN FASAKH


APA ALASAN UNTUK PERCERAIAN SECARA FASAKH???

Menurut Seksyen 53 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 :-

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu—

Hak-Hak Selepas Perceraian

Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

Nafkah Edah
Mut'ah
Harta Sepencarian
Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
Nafkah Anak
Tunggakan Nafkah

NAFKAH EDAH


Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam temph Edah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

MUT'AH

Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.

HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa (mahkamah yang membenarkan permohonan perceraian / mahkamah yang mengesahkan perceraian). Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Putus Tunang..

Apa hak bagi seseorang yang telah mengikat tali pertunangan, namun pada saat2 hampir tiba tarikh pernikahan, pihak yg satu lagi telah memutuskan pertunangan tersebut?